DESTINASI: Media Tentang Perjalanan . Pengalaman . Tempat Menarik dan Kawasan Tumpuan Umum . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 23 April 2015

Pantai Port Dickson


PANTAI PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN: Pantai Port Dickson adalah sebuah pantai yang mempunyai pemandangan yang agak cantik, pasirnya halus, landai dan sesuai untuk sebarang aktiviti sama ada mandi-manda, berkelah, santai dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Pantai ini adalah destinasi perkelahan menarik yang menjanjikan percutian hujung minggu yang tidak merugikan anda sama ada anda warga desa mahupun warga kota.


Port Dickson dikatakan telah dinamakan sempena nama seorang pegawai British, Sir John Frederik Dickson pada tahun 1889. Ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu dinamakan sempena seorang pegawai lain British yang menyelia pelabuhan British yang mengendalikan bijih di Lukut, sebuah daerah Port Dickson pada ketika itu. (Sumber: http://www.tourism.gov.my)

Banyak kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi keselesaan pengunjung, antaranya tempat parkir kenderaan yang luas, pelbagai jenis penginapan, restoran dan kedai makan, wakaf rehat, infrastruktur untuk sukan air dan aktiviti pantai (permainan bot), tempat mandi air tawar, tong sampah dan sebagainya.

Terdapat beberapa buah gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian sama ada pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak di tepi Pantai Port Dickson dengan menyediakan pelbagai saiz dan ukuran badan yang sesuai dipakai oleh pelbagai peringkat usia dengan harga yang berpatutan. Anda boleh tawar-menawar jika tidak bersetuju dengan harga yang dinyatakan. Wartawan DESTINASI dan keluarga turut membeli beberapa helai baju dan seluar untuk kenangan dan sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

Paling menarik dalam sejarah tentang Pantai Port Dickson apabila Pengarah Melayu pertama yang mempromosikan pantai ini melalui dua buah filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Wartawan DESTINASI cuba mencungkil sejarah ini daripada salah seorang peniaga pakaian di Pantai Port Dickson. Katanya, penggambaran filem "Madu Tiga" dibuat di salah sebuah bangunan itu pada tahun 1964/1965, di mana bangunan itu masih kekal sehingga hari ini. Penggambaran filem berkenaan dibuat di Batu 8, Pantai Port Dickson itu.

Sementara itu katanya, sebuah lagi filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang turut mempromosikan pantai ini melalui filem "Nasib Labu Labi". Pelakon Udo Omar yang memegang watak Haji Bakhil yang datang berkelah di pantai ini yang akhirnya bertemu dengan pujaan hatinya, Cikgu Murni serta tarian twist turut dilakonkan di Pantai Port Dickson. Penggambaran untuk filem ini dibuat di Batu 4, Pantai Port Dickson.

Selain itu, sesuatu yang agak berlainan dengan Pantai Port Dickson yang berbeza dengan pantai-pantai lain ialah tempat mandi air tawar setelah pengunjung selesai mandi air laut (mandi pantai). Usaha yang dilakukan oleh Pengusaha Cina ini patut dipuji apabila mewujudkan bilik-bilik mandi untuk lelaki dan perempuan yang ingin mencuci badan dari kemasinan air laut dengan mengenakan bayaran kira-kira RM1.

Sebarang maklumbalas dan penerangan, sila hubungi:
Pusat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan
(Tourism Malaysia Negeri Sembilan)
Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: +606-763 5388 / 762
Faks: +606-763 8428



Papan tanda arah ke Pantai Port Dickson.

Wartawan DESTINASI bersana keluarga ke Pantai Port Dickson pada 20.4.2015 lalu.





Mandi air laut adalah penawar penyakit kulit, gout dan strok.


Kolam buatan sendiri, jadi kegemaran Penulis setiap kali ke pantai.


Terhibur dengan gelagat sejenis siput atau umang yang berlari kemudian mengorek lubang.


Gerai makanan.

Pondok rehat.


Kawasan parkir kenderaan.


Gerai pakaian.




Tempat dan bilik-bilik mandi air tawar.

Tong sampah.

Papan tanda sukan air.

Papan tanda larangan terhadap pengunjung.

Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 3 - http://siartv-3.blogspot.com
2. You Tube - https://www.youtube.com/watch?v=3o1kHgvVgag

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan